(i) Puisi
- Antologi puisi Cina terawal, Shijing (Klasik Puisi)
-Mengandungi 305 buah nyanian kuil, nyanian istana dan nyanian rakyat yang wujud pada tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke-11 SM - 771 SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770 SM - 476 SM).
- Shijing, bersama dengan empat puisi klasik lain, Yijing (Klasik Perubahan), Shujing (Klasik Sejarah), Liji (Rekod Ritual), Chun Qiu (Klasik Musim Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik).
- Keadaan politik dan ekonomi yang stabil khasnya pada tahap permulaan zaman ini menggalakkan perkembangan puisi Cina klasik mencapai tahap keemasan.
- Quan Tangshi (Koleksi Lengkap Puisi Tang), mengumpulkan jumlah puisi lebih kurang 50,000 buah, hasil ciptaan dari 2,000 atau lebih orang penyajak, termasuk penyajak aguang seperti Li Bai, Du Fu, dan Bai Juyi.
Empat Buku Lima Klasik (Shi Shu Wu Jing)
(ii) Prosa
- Prosa klasik (guwen), adalah dominan dalam sastera Cina klasik.
- Prosa vernakular (haihuawen), ditulis dalam bahasa pertuturan.
- Prosa klasik berdasarkan standard dan stail karya pakar zaman purba.
- Bahasa klasik telah menjadi medium bag hampir semua penulisan prosa disebabkan ia adalah bahasa yang dikhaskan dalam peperiksaan rasmi dan juga kerana penghormatan tradisional yang ada pada pencapaian budaya zaman dahulu.
(iii) Drama
- Pada Dinasti Yuan, prestij tradisi lama menjadi merost dan kawasan utara China, menjadi satu persekitaran yang unik dengan aktiviti sastera yang bukan konvensional.
- Drama Cina jenis Zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan.
-Terdapat penulis-penulis yang menghasilkan karya dan menggunakankarya mereka sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau sebagai alat kritikan..
- Bukan sahaja memberi hiburan, tetapi juga berperanan sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati penonton.
- Secara keseluruhannya, drama Cina lebih cenderung menekankan nilai-nilai etika berbanding agama.
- Bertujuan mendukung kelakuan baik dan memberi amaran atau waspada terhadap perbuatan-perbuatan jahat.
(iv) Fiksyen
- Xiaoshuo, percakapan kecil, dan percakapan sia-sia.
- Berperanan sebagai pendukung prinsip-prinsip moral etika dan juga sebagai alat politik.
- Kadangkala digunakan sebagai alat untuk menggambarkan dunia utopia dan menyokong perubahan.
- Terdapat fiksyen mengenai keghaiban sperti Xijouji (Perjalanan ke Barat), dan ada juga yang merupakan mengenai pornografi seperti Jing Pingmei (Emas Vas Plum).
- Fiksyen China berkembang di atas dasar tradisi mencerita zaman lebih awal, iaitu penglipur lara.
Xi Jou Ji (Perjalanan ke Barat)
No comments:
Post a Comment