(i) Kepercayaan Alam Sekitar
Kepercayaan kepada bencana alam adalah ketentuan Tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar yang dianggap mampu mengubah sesuatu keadaan.
Contohnya: masyarakat Lembah Hwang Ho.
(ii) Kepercayaan kepada Penyembahan Roh Nenek Moyang
Kepercayaan terhadap nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Mereka juga memohon pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi pendeta Cina dengan menggunakan tulang nujum yang ditulis dengan pelbagai soalan, dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan.
Contohnya: masyarakat Shang dan Maharaja Shang (Upacara pengorbanan untuk memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh.)
(iii) Kepercayaan kepada Anak Syurga
- Mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti.
- Dilakukan dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut.
- Perantara antara bumi dengan syurga.
Contoh: Dinasti Chou
(iv) Kepercayaan kepada Dewa
Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman kerana mereka percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia di dunia untuk berbuat baik atau jahat.
bagaimana konsep ming dalam tamadun china?
ReplyDelete