(i) Sistem Beraja Tamadun China
- Pada zaman Dinasti Shang dan Chou, raja berfungsi sebagai ketua agama dan angkutan tentera (sistem feudal).
- Shih Huang Ti, maharaja China semasa Dinasti Chin.
- Baginda menghapuskan sistem feudal dan digantikan dengan sistem provinsi/wilayah (36 buah) yang diketuai oleh gabenor.
- Dalam menghadapi bahaya serangan penceroboh Tartar secara besar-besaran, baginda telah membina tembok besar negeri China (Wan Li Chang Cheng).
- Jasa besar ini dikatakan tidak menjadikan orang China terhutang budi kepada Shih Huang Ti kerana kesalahan yang dibuat oleh baginda, iaitu "pembakaran segala buku".
- Peristiwa pembakaran buku dan membununh 400 orang orang sarjana pada tahun 213 SM dianggap sebagai peristiwa pencabulan pusaka intelektual mereka.
Peristiwa Pembakaran Segala Buku
- Semasa Dinasti Han (206 SM - 220 SM), Sistem Peperiksaan Awam diamalkan untuk perlantikan pegawai-pegawai kerajaan baru dan terbuka kepada semua rakyat yang layak.
- Pemimpin-pemimpin wilayah tidak diberi kuasa yang luas supaya kerajaan pusat menjadi teguh dan tidak dicabar.
- Liu Pang, pengasas Dinasti Han, memperkenalkan satu Hukum Kanun (hukuman bunuh ialah bunuh, hukuman mencederakan orang ialah dicederakan, dan hukuman mencari ialah dibayar denda sebanyak yang dicurinya)
Liu Pang, pengasas Dinasti Han
(ii) Sistem Politik China
-Doktrin sistem politik China banyak dipengaruhi aliran falsafah legalisme dan aliran Konfusianisme.
- Falsafah Legalisme bersifat authoritarianisme menekankan kepentingan undang-undang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan keterbitan dalam masyarakat.
-Aliran Konfusianisme merupakan himpunan idea yang bersifat berpandukan etika berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik.
(iii) Konsep Pemusatan Kuasa
- Aliran legalisme menekankan pemerintahan bercorak pemusatan kuasa ditangan seorang raja yang menggunakan kuatkuasa undang-undang.
-Aliran Konfusianisme menegaskan bahawa urusan pemerintahan adalah soal yang bersifat etika dan kepimpinan melalui teladan (paternalistik).
Perbezaan antara Aliran Konfusianisme dengan Aliran Legalisme
(a) Matlamat untuk Negara dalam Pendekatan yang Berbeza
- Dalam aliran Konfusianisme, kerjasama antara pemerintah dan rakyat merupakan kunci kepada segala kejayaan dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.
- Dalam aliran legalisme, segala aktiviti ekonomi, sosial, dan politik harus bertumpu kepada negara, bukan individu.
(b) Kegemilangan Sejarah Lampau
- Dalam aliran legalisme, mengambil masa silam sebagai model adalah tidak tepat dan setiap zaman memerlukan kaedah-kaedah yang berbeza.
- Dalam aliran Konfusianisme, pendidikan yang bertunjangkan tradisi zaman silam, dijadikan sebagai panduan berguna untuk membina keseimbangan dalam hubungan mereka dengan pemerintah, ahli keluarga dan juga dengan anggota masyarakat yang lain.
(c) Memupuk Kesetiaan Kepada Raja
- Falsafah legalisme mengambil pendekatan undang-undang untuk memastikan rakyat memberi ketaatan kepada raja.
- Konfusianisme menekankan unsur-unsur moral dan etika bagi memastikan rakyat memberikan ketaatan kepada raja.
(d) Mengekalkan Disiplin Rakyat
- Legalisme menggunakan kuasa tentera dan kekerasan. Contohnya Dinasti Chin.
- Konfusianisme mengambil pendekatan birokrasi dan kebijaksanaan para sarjana (Dinasti Han).
No comments:
Post a Comment