(i) Konsep Tian
- Kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina.
- Konsep Tian wujud sejak Zaman Dinasti Zhou.
- Membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks eitka Konfusianisme.
(ii) Konsep Dao
- Maksud terawal merujuk kepada "jalan" atau "lorong".
-Sebelum kedatangan falsafah konfusius, Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan atau cara kelakuan atau tabiat, sama ada tabiat baik atau buruk.
- Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semsta.
(iii) Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
- Kitab Yijang (The Book of Changes) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad.
- Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.
- Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut.
- Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering, keras.
Taiji
(iv) Keharmonian Tian dan Manusia
- Konsep eprpaduan antara Tian dengan manusia (tian-ren heyi) terbentuk berdasarkan sesuatu pernyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian.
- Segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai isyarat atau tanda kemarahan Tian dan amaran.
- Dong Zhongshu menunjukkan bahawa konsep ini berkaitkan dengan aliran pemikiran Tin-Yang dengan falsafah sosiopolitik Konfusianisme.
Dong Zhongshu, seorang pujangga Konfusian di zaman Dinasti Han.
(v) Prinsip Zhongyong (The Golden Mean)
- Moral asas bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian.
- Norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat.
- Datong (The Grand Unity), utopia Konfusian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung.
- Jalan Agung dipercayai hanya akan dapat dicapai apabila segala objek atau benda di dunia ini dikongsi oleh semua pihak dengan adil dan saksama, tanpa membazir dan digunakan demi kepentingan umum.
konsep ming dalam tamadun china?
ReplyDelete