Pages

Thursday, April 12, 2012

KESENIAN CINA

(i) Muzik Klasik
Muzik Cina Klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam dunia ini.
- Bentuk muzik Cina yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama.
-Alat-alat muzik Cina dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan dan dibuatkan dengan bahan-bahan seperti logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu, dan buluh.
- Tokoh-tokoh seperti Konfusius juga mempunyai minat terhadap muzik dan menimbulkan teori muzik yang lebih khusus serta prinsip estetik terhadap muzik.
Jenis-jenis alat muzik Cina
Guzheng


(ii) Kaligrafi
- Kaligrafi diberi penghormatan yang paling tinggi di negara China.
- Dianggao mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti.
- Menikmati seni ini juga memerlukan kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta sensitiviti estetik yang luar biasa.
-Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku untuk ditiru oleh para pelajar.

-Antara pakar kaligrafi yang cemerlang dan unggul ialah Wang Xizhi (321-379)

- Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan imaginasi seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk bentuk garis yang menarik lalu meggubah struktur yang cantik.
-Pakar kaligrafi juga perlu menjaga ruang di antara stroke berseimbangan dan ini merupakan satu teknik yang hanya dapat dicapai selepas berlatih dalam tempoh masa yang panajang.


(iii) Seni Lukis
- Lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan juga puisi.
- Su Dongpo (1037-1101), Dinasti Song, pelukis bukan sahaja mahir melukis, tetapi juga merupakan sarjana dan pakar kaligrafi.


- Sebuah lukisan Cina merupakan kombinasi seni puisi, kaligrafi, lukisan dan juga seni ukir cap.
- Dibahagikan kepada dua kategori:-
  • xieyi (bebas tangan)
  • gonghi (menggunakan garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir)
- Teori estetok xieyi menitikberatkan sentimen dan mengabaikan realisme.
Lukisan Xieyi
Lukisan Gonghi


(iii) Seni Pembinaan
- Tinggalan binaan dan tembok dari zaman dahulu yang masih wujud sehingga sangat berkurangan disebabkan sebahagian bahan-bahan yang digunakan, iaitu kayu, tidak dapat bertahan lama kerana pengaruh iklim dan cuaca.
- Ciri utama binaan Cina ialah keinginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta.
- Kepercayaan fengshui, iaitu lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah atau kubur selalunya ditetapkan dengan panduan teon fengshui.
- Tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan.
-Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu dan ditutup pada waktu malam.
Tembok kota
-Tembok Besar China (Wan Li Chang Chen), dibina bukan sahaja untuk megelilingi kota, tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.
Tembok Besar China

No comments:

Post a Comment