Pages

Thursday, April 12, 2012

SELAMAT DATANG KE BLOG TITAS INI!!!



WELCOME WELCOME ~

RIBUAN TERIMA KASIH UNTUK MENGUNJUNGI BLOG TITAS INI!!

谢谢!!XIE XIE
BERTERIMA KASIH !!

TEKNOLOGI CINA

Antara kurun ke-15 sehingga ke-11 SM, orang Cina sudah tahu akan teknik pengairan, pertanian, astronomi, cara membuat kalendar, dan penulisan.
-Lebih kurang tahun 200 SM, mereka telah menghasilkan abah-abah yang diikatkan pada dada(breast-strap harness), dan kereta sorong (wheelbarrow) pada kira-kira tahun 200 SM.


Empat Penciptaan Agung
  • kertas
  • pencetakan
  • bahan letupan
  • kompas
(i) Kertas
- Dicipta oleh Cai Lun dengan menggunankan fiber tumbuh-tumbuhan sebagai bahan-bahannya pada thaun 105.
- Diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama (The Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.
Cai Lun



(ii) Pencetakan
- Diperkenalkan semasa pemerintahan Dinasti tang (618-906).
- Fingangjing (Kitab Sutra Diamond) versi Cina bertarikh 11 Mei 868.
- Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik pencetakan bergerak (mobile-type printing).
Bi Sheng

(iii) Bahan Letupan
- Dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois.
- Menjelang kurun ke-7, orang Cina sudah menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api.
-Digunakan dalam bidang militari pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang (618-906).


(iv) Kompas
- Semasa Dinasti Han, sifat-sifat magnet sudah diketahui di negara China dan orang Cina menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan (induced magnetism) pada kurun ke-6, dan menjelang kurun ke-8 dan ke-9, ilmu pengherotan (declination) dan kekutuban magnet (polarity).
- Dengan segala pengetahuan ini, orang Cina telah menghasilkan kompas, yang pada mulanya digunakan di atas kapal.
Kompas pada zaman Dinasti Han

SAINS DAN TEKNOLOGI CINA

Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11 SM. Teknologi kejuruteraan hidraulik yang mengawal banjir Sungai Kuning (Hwang Ho) menunjukkan kejayaan dan sumbangan Cina dalam aspek kejuruteraan.

(i) Bidang Astronomi
-Pada zaman Dinasti Zhou, orang Cina mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet.
- Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaran rekod astronomi yang sempurna, tepat dan sempurna.
- Sistem kalendar Cina juga salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat.



(ii) Bidang Matematik
- Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue.
Sempoa (abacus)

- Jiuzhang Suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang, mencatat catatan mengenai kuantiti negatif.
- Mengenal pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan.
Jiuzhang Suanshu (Sembilan Bab Matematik)

(iii) Bidang Perubatan.
- Bersifat kepurbaan dan bebas daripada pengaruh asing.
- Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik, yin dan yang dan juga lima elemen.
- Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru, dan ginjal.
- Teonjing (saluran) dan Luo (kolateral), asas bagi rawatan terapeutik seprti akupuntur dan moxibustion (membakar daun moxa).
- Akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril.
- Buku-buku mengenai perubatan dan farmakologi Cina tradisional:-
  • Huangdi Nejing (Klasik Perubatan Maharaja Kuning)
  • Bencao Gangmu (Farmakopeia Agung), Li Shizhen (1518-1593)
    Hua Tuo, tabib terkenal pada masa Zaman Negeri Berperang (San Guo)
Li Shizhen (1518-1593)
Ben Cao Gang Mu

(iii) Bidang Optik
- Memberi perhatian kepada penyongsangan (inversion) imej yang dihasilkan oleh kamera lubang jarum (pinhole camera)
- Begitu juga pelbagai imej dihasilkan oleh kanta cekung (concave-lense)
- Prinsip fokus

(iv) Bidang Alkimia
- Usaha ahli alkimia Cina mencari cara yang dapat membuat manusia hidup selama-selamanya telah menghasilkan sejenis "eliksir kehidupan"
- Mengandungi merkuri, plumbum dan arsenik.
- Walaupun tujuan utama adalah untuk mengkaji hasil yang dapat memanjangkan jangka usia manusia, uji kaji ahli alkimia Cina dalam mencampur bahan bertoksik dan beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang berguna.

KESENIAN CINA

(i) Muzik Klasik
Muzik Cina Klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam dunia ini.
- Bentuk muzik Cina yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama.
-Alat-alat muzik Cina dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan dan dibuatkan dengan bahan-bahan seperti logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu, dan buluh.
- Tokoh-tokoh seperti Konfusius juga mempunyai minat terhadap muzik dan menimbulkan teori muzik yang lebih khusus serta prinsip estetik terhadap muzik.
Jenis-jenis alat muzik Cina
Guzheng


(ii) Kaligrafi
- Kaligrafi diberi penghormatan yang paling tinggi di negara China.
- Dianggao mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti.
- Menikmati seni ini juga memerlukan kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta sensitiviti estetik yang luar biasa.
-Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku untuk ditiru oleh para pelajar.

-Antara pakar kaligrafi yang cemerlang dan unggul ialah Wang Xizhi (321-379)

- Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan imaginasi seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk bentuk garis yang menarik lalu meggubah struktur yang cantik.
-Pakar kaligrafi juga perlu menjaga ruang di antara stroke berseimbangan dan ini merupakan satu teknik yang hanya dapat dicapai selepas berlatih dalam tempoh masa yang panajang.


(iii) Seni Lukis
- Lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan juga puisi.
- Su Dongpo (1037-1101), Dinasti Song, pelukis bukan sahaja mahir melukis, tetapi juga merupakan sarjana dan pakar kaligrafi.


- Sebuah lukisan Cina merupakan kombinasi seni puisi, kaligrafi, lukisan dan juga seni ukir cap.
- Dibahagikan kepada dua kategori:-
  • xieyi (bebas tangan)
  • gonghi (menggunakan garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir)
- Teori estetok xieyi menitikberatkan sentimen dan mengabaikan realisme.
Lukisan Xieyi
Lukisan Gonghi


(iii) Seni Pembinaan
- Tinggalan binaan dan tembok dari zaman dahulu yang masih wujud sehingga sangat berkurangan disebabkan sebahagian bahan-bahan yang digunakan, iaitu kayu, tidak dapat bertahan lama kerana pengaruh iklim dan cuaca.
- Ciri utama binaan Cina ialah keinginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta.
- Kepercayaan fengshui, iaitu lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah atau kubur selalunya ditetapkan dengan panduan teon fengshui.
- Tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan.
-Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu dan ditutup pada waktu malam.
Tembok kota
-Tembok Besar China (Wan Li Chang Chen), dibina bukan sahaja untuk megelilingi kota, tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.
Tembok Besar China

KEPELBAGAIAN GENRE SASTERA CINA KLASIK

(i) Puisi
- Antologi puisi Cina terawal, Shijing (Klasik Puisi)
-Mengandungi 305 buah nyanian kuil, nyanian istana dan nyanian rakyat yang wujud pada tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke-11 SM - 771 SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770 SM - 476 SM).
- Shijing, bersama dengan empat puisi klasik lain, Yijing (Klasik Perubahan), Shujing (Klasik Sejarah), Liji (Rekod Ritual), Chun Qiu (Klasik Musim Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik).
- Keadaan politik dan ekonomi yang stabil khasnya pada tahap permulaan zaman ini menggalakkan perkembangan puisi Cina klasik mencapai tahap keemasan.
- Quan Tangshi (Koleksi Lengkap Puisi Tang), mengumpulkan jumlah puisi lebih kurang 50,000 buah, hasil ciptaan dari 2,000 atau lebih orang penyajak, termasuk penyajak aguang seperti Li Bai, Du Fu, dan Bai Juyi.
ShiJing
Empat Buku Lima Klasik (Shi Shu Wu Jing)
Li Bai

(ii) Prosa
- Prosa klasik (guwen), adalah dominan dalam sastera Cina klasik.
- Prosa vernakular (haihuawen), ditulis dalam bahasa pertuturan.
- Prosa klasik berdasarkan standard dan stail karya pakar zaman purba.
- Bahasa klasik telah menjadi medium bag hampir semua penulisan prosa disebabkan ia adalah bahasa yang dikhaskan dalam peperiksaan rasmi dan juga kerana penghormatan tradisional yang ada pada pencapaian budaya zaman dahulu.

(iii) Drama
- Pada Dinasti Yuan, prestij tradisi lama menjadi merost dan kawasan utara China, menjadi satu persekitaran yang unik dengan aktiviti sastera yang bukan konvensional.
- Drama Cina jenis Zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan.
-Terdapat penulis-penulis yang menghasilkan karya dan menggunakankarya mereka sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau sebagai alat kritikan..
- Bukan sahaja memberi hiburan, tetapi juga berperanan sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati penonton.
- Secara keseluruhannya, drama Cina lebih cenderung menekankan nilai-nilai etika berbanding agama.
- Bertujuan mendukung kelakuan baik dan memberi amaran atau waspada terhadap perbuatan-perbuatan jahat.


(iv) Fiksyen
- Xiaoshuo, percakapan kecil, dan percakapan sia-sia.
- Berperanan sebagai pendukung prinsip-prinsip moral etika dan juga sebagai alat politik.
- Kadangkala digunakan sebagai alat untuk menggambarkan dunia utopia dan menyokong perubahan.
- Terdapat fiksyen mengenai keghaiban sperti Xijouji (Perjalanan ke Barat), dan ada juga yang merupakan mengenai pornografi seperti Jing Pingmei (Emas Vas Plum).
- Fiksyen China berkembang di atas dasar tradisi mencerita zaman lebih awal, iaitu penglipur lara.
Xi Jou Ji (Perjalanan ke Barat)
Jin Pingmei (Emas Vas Plum)

BAHASA DAN KESUSASTERAAN CINA KLASIK

- Bermula sekurang-kurangnya seawal kurun ke-14 SM dan perkembangannya berterusan lebih daripada 3,000 tahun.
- Bahasa Cina telah mengekalkan identitinya dari segi lisan dan tulisan (walaupun China pernah diperintah oleh puak asing seperti orang Mongol (Dinasti Yuan 1279-1368), orang Manchu (Dinasti Qing 1644-1911).
- Tulisan Cina pada dasarnya bersifat grafik.
- Sifat Bahasa Cina yang bukan berabjad-fonetik (alphabetic-phonetic) bermakna huruf-hurufnya tidak menunjukkan bunyi sebutan dan boleh disebut dalam kelainan cara dari segi folonogi mengikut tempat atau mengikut kesesuaian selaras dengan perubahan zaman-zaman dalam sejarah China.
- Maksud sesuatu huruf tetap sama tidak kira dalam dialek apapun ia disebutkan atau dipertuturkan.
- Sifat bahasa Cina ini mengekalkan kesinambungan budaya Cina dan membolehkan kesusasteraan Cina klasik terus menjadi aset budaya masyarakat Cina yang amat bernilai.
Sastera klasik Cina
Tulisan Cina

SUMBANGAN TAMADUN CHINA DALAM PELBAGAI BIDANG KEPERLUAN MANUSIA


Tamadun China pada dasarnya merupakan sebuah tamadun berorientasikan agraria atau pertanian yang sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca dan sifat geografi dalam proses pembangunan dan perkembangan.

Sumbangan tamadun China termasuklah dalam aspek-aspek berikut:-
  • bahasa dan kesusasteraan
  • kesenian
  • sains dan teknologi

INSTITUSI KELUARGA MASYARAKAT CINA

- Tamadun China berorientasikan humanisme (manusia dianggap mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta)
-Sifat khas dan nilai-nialinya:-
  • transendensi dalaman
  • sifat sekular
  • moralisme sebagai ideologi
  • personalisme
  • hubungan manusia dengan alam semesta
  • institusi keluarga dan pendidikan sert keharmonian
- Sistem etika Konfusianisme berasaskan pada keluarga yang merupakan institusi sosial yang terulung dalam tamadun China.
- Pendidikan yang bertradisi panjang diberi penghargaan yang tinggi.
- Golongan birokrat dan cendekiawan merupakan kelas sosial yang tertinggi. Jadi, ibu bapa sedaya-upaya berusaha untuk membiayai anak-anak kerana pelajaran merupakan satu-satunya saluran mobiliti sosial dalam masyarakat Cina tradisional.
- Keharmonian dianggap sebagai suatu nilai yang bersesuaian dengan humanisme dan moralisme.


Wednesday, April 11, 2012

SISTEM PEMERINTAHAN DAN SISTEM POLITIK CHINA

(i) Sistem Beraja Tamadun China
- Pada zaman Dinasti Shang dan Chou, raja berfungsi sebagai ketua agama dan angkutan tentera (sistem feudal).
- Shih Huang Ti, maharaja China semasa Dinasti Chin.

- Baginda menghapuskan sistem feudal dan digantikan dengan sistem provinsi/wilayah (36 buah) yang diketuai oleh gabenor.
- Dalam menghadapi bahaya serangan penceroboh Tartar secara besar-besaran, baginda telah membina tembok besar negeri China (Wan Li Chang Cheng).

- Jasa besar ini dikatakan tidak menjadikan orang China terhutang budi kepada Shih Huang Ti kerana kesalahan yang dibuat oleh baginda, iaitu "pembakaran segala buku".
- Peristiwa pembakaran buku dan membununh 400 orang orang sarjana pada tahun 213 SM dianggap sebagai peristiwa pencabulan pusaka intelektual mereka.
Peristiwa Pembakaran Segala Buku
- Semasa Dinasti Han (206 SM - 220 SM), Sistem Peperiksaan Awam diamalkan untuk perlantikan pegawai-pegawai kerajaan baru dan terbuka kepada semua rakyat yang layak.
- Pemimpin-pemimpin wilayah tidak diberi kuasa yang luas supaya kerajaan pusat menjadi teguh dan tidak dicabar.
- Liu Pang, pengasas Dinasti Han, memperkenalkan satu Hukum Kanun (hukuman bunuh ialah bunuh, hukuman mencederakan orang ialah dicederakan, dan hukuman mencari ialah dibayar denda sebanyak yang dicurinya)
Liu Pang, pengasas Dinasti Han

(ii) Sistem Politik China
-Doktrin sistem politik China banyak dipengaruhi aliran falsafah legalisme dan aliran Konfusianisme.
- Falsafah Legalisme bersifat authoritarianisme menekankan kepentingan undang-undang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan keterbitan dalam masyarakat.
-Aliran Konfusianisme merupakan himpunan idea yang bersifat berpandukan etika berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik.

(iii) Konsep Pemusatan Kuasa
- Aliran legalisme menekankan pemerintahan bercorak pemusatan kuasa ditangan seorang raja yang menggunakan kuatkuasa undang-undang.
-Aliran Konfusianisme menegaskan bahawa urusan pemerintahan adalah soal yang bersifat etika dan kepimpinan melalui teladan (paternalistik).

Perbezaan antara Aliran Konfusianisme dengan Aliran Legalisme
(a) Matlamat untuk Negara dalam Pendekatan yang Berbeza
- Dalam aliran Konfusianisme, kerjasama antara pemerintah dan rakyat merupakan kunci kepada segala kejayaan dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.
- Dalam aliran legalisme, segala aktiviti ekonomi, sosial, dan politik harus bertumpu kepada negara, bukan individu.

(b) Kegemilangan Sejarah Lampau
- Dalam aliran legalisme, mengambil masa silam sebagai model adalah tidak tepat dan setiap zaman memerlukan kaedah-kaedah yang berbeza.
- Dalam aliran Konfusianisme, pendidikan yang bertunjangkan tradisi zaman silam, dijadikan sebagai panduan berguna untuk membina keseimbangan dalam hubungan mereka dengan pemerintah, ahli keluarga dan juga dengan anggota masyarakat yang lain.

(c) Memupuk Kesetiaan Kepada Raja
- Falsafah legalisme mengambil pendekatan undang-undang untuk memastikan rakyat memberi ketaatan kepada raja.
- Konfusianisme menekankan unsur-unsur moral dan etika bagi memastikan rakyat memberikan ketaatan kepada raja.

(d) Mengekalkan Disiplin Rakyat
- Legalisme menggunakan kuasa tentera dan kekerasan. Contohnya Dinasti Chin.
- Konfusianisme mengambil pendekatan birokrasi dan kebijaksanaan para sarjana (Dinasti Han).

AGAMA DAN FALSAFAH DALAM TAMADUN CHINA

(i) Konfusianisme
- Doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam pengajaran Konfusius (551 SM - 479 SM).
- Pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia (perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao), keanfan (zhi)).
Tugu Konfusius
Konfusius (551 SM - 479 SM)
Kitab Analects Konfusius

(ii) Buddhisme China
- Diasakan oleh Siddhartha Gautama Buddha (563 SM - 483 SM) di India pada kurun ke-6 SM
- Asas pengajarannya tetap berkekalan iaitu penderitaan adalh berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia.
- Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way)
- Dibahagikan kepada TIGA bahagian:-
  • panna (kebijaksanaan)
  • samdhi (penumpuan)
  • sila (moral)
Siddhartha Gautama Buddha (563 SM - 483 SM)

(iii) Daoisme
- Diasaskan oleh Lao Zi dan Zhuang Zi
- Pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatan spontan dan tanpa sebarang usaha.
- Pemikiran falsafah Dao (daojia) dan aliran keagamaan Dao (daojiao)
- Daodejing, karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao, kebanyakan ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao.
Lao Zi
Zhuang Zi
Dao De Jing

(iv) Moisme
- Mo Zi (479 SM - 381 SM), pengasas moisme.
- Konsep penting dalam pemikiran aliran moisme:-
  • kasih sayang sejagat (jian'ai)
  • mengecam sikap suka berperang (feigong)
  • menyerah kepada nasib (feiming)
  • mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian)
Mo Zi (479 SM - 381 SM)

(v) Legalisme
- Han Fei Zi (dinasti Chin)
-Legalisme mengutamakan pemikiran sosiopoltik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.
- Pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan teladan.
- Mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.
Han Fei Zi


(vi) Islam
-Diperkenalkan melai peranan pedagang Islam Arab dan Parsi di selatan China.
- Tokoh Islam Cina:-
  • Wang Daiyu
  • Ma Zhu
  • Liu Zhi
  • Ma Dexin
  • Zheng He
Zheng He (Haji Mahmud Shams), pelaut dan pengembara China

-Tokoh-tokoh ini bukan sahaja mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ajaran Islam, tetapi juga pakar dalam klasik Cina.
- Kesan pengaruh atau dampak Islam terhadap kebudayaan Cina dapat dibuktikan dari segi fizikal melalui:-
  • reka bentuk masjid
  • dewan membaca Al-Quran
  • tanah-tanah perkuburan di seluruh negara China
Great Mosque of Xi'an
Huaisheng Mosque