Pages

Thursday, April 12, 2012

SUMBANGAN TAMADUN CHINA DALAM PELBAGAI BIDANG KEPERLUAN MANUSIA


Tamadun China pada dasarnya merupakan sebuah tamadun berorientasikan agraria atau pertanian yang sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca dan sifat geografi dalam proses pembangunan dan perkembangan.

Sumbangan tamadun China termasuklah dalam aspek-aspek berikut:-
  • bahasa dan kesusasteraan
  • kesenian
  • sains dan teknologi

INSTITUSI KELUARGA MASYARAKAT CINA

- Tamadun China berorientasikan humanisme (manusia dianggap mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta)
-Sifat khas dan nilai-nialinya:-
  • transendensi dalaman
  • sifat sekular
  • moralisme sebagai ideologi
  • personalisme
  • hubungan manusia dengan alam semesta
  • institusi keluarga dan pendidikan sert keharmonian
- Sistem etika Konfusianisme berasaskan pada keluarga yang merupakan institusi sosial yang terulung dalam tamadun China.
- Pendidikan yang bertradisi panjang diberi penghargaan yang tinggi.
- Golongan birokrat dan cendekiawan merupakan kelas sosial yang tertinggi. Jadi, ibu bapa sedaya-upaya berusaha untuk membiayai anak-anak kerana pelajaran merupakan satu-satunya saluran mobiliti sosial dalam masyarakat Cina tradisional.
- Keharmonian dianggap sebagai suatu nilai yang bersesuaian dengan humanisme dan moralisme.


Wednesday, April 11, 2012

SISTEM PEMERINTAHAN DAN SISTEM POLITIK CHINA

(i) Sistem Beraja Tamadun China
- Pada zaman Dinasti Shang dan Chou, raja berfungsi sebagai ketua agama dan angkutan tentera (sistem feudal).
- Shih Huang Ti, maharaja China semasa Dinasti Chin.

- Baginda menghapuskan sistem feudal dan digantikan dengan sistem provinsi/wilayah (36 buah) yang diketuai oleh gabenor.
- Dalam menghadapi bahaya serangan penceroboh Tartar secara besar-besaran, baginda telah membina tembok besar negeri China (Wan Li Chang Cheng).

- Jasa besar ini dikatakan tidak menjadikan orang China terhutang budi kepada Shih Huang Ti kerana kesalahan yang dibuat oleh baginda, iaitu "pembakaran segala buku".
- Peristiwa pembakaran buku dan membununh 400 orang orang sarjana pada tahun 213 SM dianggap sebagai peristiwa pencabulan pusaka intelektual mereka.
Peristiwa Pembakaran Segala Buku
- Semasa Dinasti Han (206 SM - 220 SM), Sistem Peperiksaan Awam diamalkan untuk perlantikan pegawai-pegawai kerajaan baru dan terbuka kepada semua rakyat yang layak.
- Pemimpin-pemimpin wilayah tidak diberi kuasa yang luas supaya kerajaan pusat menjadi teguh dan tidak dicabar.
- Liu Pang, pengasas Dinasti Han, memperkenalkan satu Hukum Kanun (hukuman bunuh ialah bunuh, hukuman mencederakan orang ialah dicederakan, dan hukuman mencari ialah dibayar denda sebanyak yang dicurinya)
Liu Pang, pengasas Dinasti Han

(ii) Sistem Politik China
-Doktrin sistem politik China banyak dipengaruhi aliran falsafah legalisme dan aliran Konfusianisme.
- Falsafah Legalisme bersifat authoritarianisme menekankan kepentingan undang-undang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan keterbitan dalam masyarakat.
-Aliran Konfusianisme merupakan himpunan idea yang bersifat berpandukan etika berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik.

(iii) Konsep Pemusatan Kuasa
- Aliran legalisme menekankan pemerintahan bercorak pemusatan kuasa ditangan seorang raja yang menggunakan kuatkuasa undang-undang.
-Aliran Konfusianisme menegaskan bahawa urusan pemerintahan adalah soal yang bersifat etika dan kepimpinan melalui teladan (paternalistik).

Perbezaan antara Aliran Konfusianisme dengan Aliran Legalisme
(a) Matlamat untuk Negara dalam Pendekatan yang Berbeza
- Dalam aliran Konfusianisme, kerjasama antara pemerintah dan rakyat merupakan kunci kepada segala kejayaan dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.
- Dalam aliran legalisme, segala aktiviti ekonomi, sosial, dan politik harus bertumpu kepada negara, bukan individu.

(b) Kegemilangan Sejarah Lampau
- Dalam aliran legalisme, mengambil masa silam sebagai model adalah tidak tepat dan setiap zaman memerlukan kaedah-kaedah yang berbeza.
- Dalam aliran Konfusianisme, pendidikan yang bertunjangkan tradisi zaman silam, dijadikan sebagai panduan berguna untuk membina keseimbangan dalam hubungan mereka dengan pemerintah, ahli keluarga dan juga dengan anggota masyarakat yang lain.

(c) Memupuk Kesetiaan Kepada Raja
- Falsafah legalisme mengambil pendekatan undang-undang untuk memastikan rakyat memberi ketaatan kepada raja.
- Konfusianisme menekankan unsur-unsur moral dan etika bagi memastikan rakyat memberikan ketaatan kepada raja.

(d) Mengekalkan Disiplin Rakyat
- Legalisme menggunakan kuasa tentera dan kekerasan. Contohnya Dinasti Chin.
- Konfusianisme mengambil pendekatan birokrasi dan kebijaksanaan para sarjana (Dinasti Han).

AGAMA DAN FALSAFAH DALAM TAMADUN CHINA

(i) Konfusianisme
- Doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam pengajaran Konfusius (551 SM - 479 SM).
- Pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia (perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao), keanfan (zhi)).
Tugu Konfusius
Konfusius (551 SM - 479 SM)
Kitab Analects Konfusius

(ii) Buddhisme China
- Diasakan oleh Siddhartha Gautama Buddha (563 SM - 483 SM) di India pada kurun ke-6 SM
- Asas pengajarannya tetap berkekalan iaitu penderitaan adalh berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia.
- Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way)
- Dibahagikan kepada TIGA bahagian:-
  • panna (kebijaksanaan)
  • samdhi (penumpuan)
  • sila (moral)
Siddhartha Gautama Buddha (563 SM - 483 SM)

(iii) Daoisme
- Diasaskan oleh Lao Zi dan Zhuang Zi
- Pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatan spontan dan tanpa sebarang usaha.
- Pemikiran falsafah Dao (daojia) dan aliran keagamaan Dao (daojiao)
- Daodejing, karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao, kebanyakan ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao.
Lao Zi
Zhuang Zi
Dao De Jing

(iv) Moisme
- Mo Zi (479 SM - 381 SM), pengasas moisme.
- Konsep penting dalam pemikiran aliran moisme:-
  • kasih sayang sejagat (jian'ai)
  • mengecam sikap suka berperang (feigong)
  • menyerah kepada nasib (feiming)
  • mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian)
Mo Zi (479 SM - 381 SM)

(v) Legalisme
- Han Fei Zi (dinasti Chin)
-Legalisme mengutamakan pemikiran sosiopoltik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.
- Pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan teladan.
- Mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.
Han Fei Zi


(vi) Islam
-Diperkenalkan melai peranan pedagang Islam Arab dan Parsi di selatan China.
- Tokoh Islam Cina:-
  • Wang Daiyu
  • Ma Zhu
  • Liu Zhi
  • Ma Dexin
  • Zheng He
Zheng He (Haji Mahmud Shams), pelaut dan pengembara China

-Tokoh-tokoh ini bukan sahaja mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ajaran Islam, tetapi juga pakar dalam klasik Cina.
- Kesan pengaruh atau dampak Islam terhadap kebudayaan Cina dapat dibuktikan dari segi fizikal melalui:-
  • reka bentuk masjid
  • dewan membaca Al-Quran
  • tanah-tanah perkuburan di seluruh negara China
Great Mosque of Xi'an
Huaisheng Mosque


PANDANGAN SEMESTA TAMADUN CHINA

(i) Konsep Tian
- Kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina.
- Konsep Tian wujud sejak Zaman Dinasti Zhou.
- Membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks eitka Konfusianisme.

(ii) Konsep Dao

- Maksud terawal merujuk kepada "jalan" atau "lorong".
-Sebelum kedatangan falsafah konfusius, Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan atau cara kelakuan atau tabiat, sama ada tabiat baik atau buruk.
- Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semsta.

(iii) Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
- Kitab Yijang (The Book of Changes) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad.
- Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.
- Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut.
- Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering, keras.
Taiji
(iv) Keharmonian Tian dan Manusia
- Konsep eprpaduan antara Tian dengan manusia (tian-ren heyi) terbentuk berdasarkan sesuatu pernyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian.
- Segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai isyarat atau tanda kemarahan Tian dan amaran.
- Dong Zhongshu menunjukkan bahawa konsep ini berkaitkan dengan aliran pemikiran Tin-Yang dengan falsafah sosiopolitik Konfusianisme.
Dong Zhongshu, seorang pujangga Konfusian di zaman Dinasti Han.

(v) Prinsip Zhongyong (The Golden Mean)
- Moral asas bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian.
- Norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat.
- Datong (The Grand Unity), utopia Konfusian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung.
- Jalan Agung dipercayai hanya akan dapat dicapai apabila segala objek atau benda di dunia ini dikongsi oleh semua pihak dengan adil dan saksama, tanpa membazir dan digunakan demi kepentingan umum.

BAHASA DAN SISTEM TULISAN CINA

- Sejarah mencatatkan bahawa Bahasa Cina adalah bahasa yang kekal dituturkan serta digunakan sehingga hari ini.
- Tulisan Cina dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan kaedah liushu (six principles of writing):
  • xiang xing (lambang bergambar)
  • zh'shi (lambang petunjuk)
  • huiyi (lambang petunjuk fikiran)
  • xing sheng (gabungan bentuk-bunyi)
  • zhuanzhu (mutual semantic transfer)
  • jiajie (loan character)
Contoh transformasi tulisan Cina

Jepun juga menggunakan tulisan Cina sebagai sebahagian daripada tulisan mereka.

MASYARAKAT DAN BUDAYA TAMADUN CHINA

Terdapat TIGA kumpulan bangsa terbesar, iaitu:-
(i) Kumpulan Yan-Huang (kaum Yang Di dan Huang);
(ii) Kumpulan Feng-Yang
(iii) Kumpulan Miao-Man

Peperangan, berinteraksi, berkahwin campur, dan tiru-meniru budaya dikalangar bangsa ini telah mewujudkan satu bangsa yang kuat, dikenali sebagai bangsa Tionghoa (Zhonghua minzu).

Peradaban Yangshao yang menjadikan sekoi (millet) sebagai makanan asasi telah menggalakkan perkembangan dalam kegiatan pertanian (benih padi).
Contoh: Lembah Yangzi, selatan Hangzhou, daerah Zhejiang.